Kerja-Kerja DIY Transparent Tape

Assalamualaikum semua, saya Bie. Pencipta jenama MARHUNA. Kalau ada sesiapa yang mengenali Bie mesti ada yang tahu Bie ni jenis suka mencabar diri untuk DIY itu dan ini. Daripada mula zaman anak dara dulu, buat DIY untuk majlis pertunangan, majlis perkahwinan, mandi bunga, bila dah beranak pinak mulalah DIY perihal untuk persiapan anak-anak daripada kelahiran, akikah, hari jadi, anniversary dan lain-lain lagi Bie kongsikan dalam blog peribadi Bie nabihamashutblog.com, hinggalah 2020 yang lepas, Bie bertekad untuk semakin aktif bangunkan MARHUNA.
 
 
 
Apa tu MARHUNA? Perniagaan kecil Bie yang Bie bangunkan untuk menolong ibu, lama ke lamaan menjadi serius dengan menjual headwear, accessories & apparel. Disebabkan MARHUNA ni baru bermula dengan bisnes kecil-kecilan je, kita tak ada modal yang besar nak beli itu dan ini. Zero to hero lah katakan hehe.. Tak ada geran, bantuan kerajaan mahupun pinjaman. Masa tu, modal awal dengan tolong jual kain-kain ibu secara online dalam blog je. Sedikit demi sedikit Bie cuba DIY macam-macam benda untuk mulakan bisnes MARHUNA. Seperti DIY yang lain-lain. Bie juga akan kongsikan semua DIY didalam blog ini buat tatapan semua. Cewah! 
 
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Jemput follow IG Bie : https://www.instagram.com/nabihamashut
 
Hari ini, Bie nak kongsikan dengan semua cara Bie buat Transparent Tape untuk MARHUNA. Caranya semudah ABC je, sebab kali ni ‘Final Product’ nya Bie tempah dengan supplier sahaja. Tapi design awal Bie buat sendiri. Antara langkah-langkahnya ialah;
 
 

1. Pastikan saiz transparent tape

 
Saiz tape ni ada banyak kan? Berbagai-bagai macam dalam gambar ni. Jadi, pastikan dulu keinginan kita untuk buat tape yang macam mana. Kalau Bie, Bie nak tape untuk seal kotak bungkusan kurier. Jadi saiz yang sesuai ialah dalam ukuran 4.5cm-5.0cm
 
 

2. Buat design/logo di Canva.com

 
Sekarang Canva.com adalah cara paling mudah kita buat desain untuk apa-apa tujuan. Jadi, gunakan kemudahan ini. Tak perlu dah nak belajar guna Adobe Illustrator atau Adobe Photoshop dah. Tekan-tekan dah siap 1 design di Canva.com tu. Jangan lupa save dalam bentuk PNG untuk dihantar kepada pihak pembekal tu nanti.
 
 

3. Cari pembekal

 
Sebenarnya ada banyak pembekal diluar sana yang memberikan perkhidmatan untuk buat transparent tape ni. Google je, berlambak keluar. Tapi semuanya nak MOQ (Minimum Of Quantity) yang banyak. Tak kurang daripada 1000-5000 pcs. Untuk bisnes yang baru mula, manalah ada budget untuk buat sebanyak tu kan? Cari punya cari akhirnya Bie jumpa juga di Shopee. Shopee kan ada Oversea Seller kan, jauh di China pembekalnya. Ada banyak pembekal sebenarnya, gunakan keyword “Custom tape”. Bie cuba memberanikan diri order sebab syarat MOQ nya hanya 10pcs sahaja. Untuk saiz 4.8cm harganya cuma dalam lingkungan RM15.00/pc atau RM17.00/pcs macam tu. Jadi untuk 10pcs, totalnya lebih kurang RM100++ sahaja tidak termasuk kos penghantaran.
 
 

4. Berbincang dengan pembekal

 
Bila dah jumpa pembekal yang sesuai. Berbincang dulu dengan pembekal tentang saiz dan kesesuaian logo yang kita mahukan untuk tempahan tape itu nanti. Pembekal selalunya akan minta kita hantar contoh gambar design/logo yang kita nak gunakan. Jadi, hantar kepada mereka dalam chat tu dan, mereka akan tentukan kesesuaiannya. Untuk pembekal tape ni, ada beberapa suppiler yang Bie jumpa di Shopee. Antaranya:
 
 

5. Mulakan tempahan

Jika kedua-dua pihak bersetuju, teruskan dengan pembayaran penuh. Mereka akan maklumkan bila dah mula proses tempahan kita.

6. Tunggu tempahan siap

 
 
Tempahan ambil masa dalam 10-20 hari juga untuk disiapkan. Memandangkan Bie dah sedia maklum pembekal ni daripada China. Semestinya penghantaran akan mengambil sedikit masa untuk sampai ke Malaysia. Jadi, bersabarlah menunggu ya.
 
Sekian sajalah perkongsian Bie tentang cara Bie DIY Transparent Tape untuk MARHUNA. Semoga bermanfaat buat perniagaan kecil yang sama seperti MARHUNA. Sampai nanti, kita berjumpa dalam pengisian DIY yang lain selepas ini. Bie juga masih banyak belajar macam-macam perkara. Jangan lupa follow https://www.instagram.com/marhunaofficial tau nanti. Kalau kalian ada kemusykilan atau mahukan perkongsian DIY yang lain-lain jangan segan tinggalkan pesanan dibahagian komen dibawah.
 

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Sebarang penciplakan/penyaduran karya dan penulisan ini adalah dilarang sama sekali. Esok kita sambung lagi dengan perkongsian yang lain ya. InsyaAllah. Jemput follow juga TikTok MARHUNA : https://www.tiktok.com/marhunaofficial

About Post Author

Leave a Reply

X