Kekal Hangat dan Selesa dengan 5 Inspirasi Hijab Musim Hujan ini!

Hari ini, matahari masih segan-segan nak tunjuk muka. Terkadang awan memuntahkan airnya. Tapi kita? Tetap perlu keluar bekerja walau selebat apa pun hujan pada hari itu. Hujung tahun selalu kaitkan dengan musim hujan atau lebih dikenali dengan musim tengkujuh. Jabatan Kaji Cuaca pula sudah mula meramalkan beberapa tempat bakal mengalami hujan dan ribut petir. Ada beberapa tempat telah dilanda bencana banjir.

Malaysia adalah negara yang tidak mengalami fenomena 4 musim seperti negara barat. Namun, musim hujan di Malaysia sudah cukup meresahkan dan mengganggu serba sedikit aktiviti harian kita. Seperti, kain jemuran lambat kering, penjaja kekurangan pelanggan, petani tidak boleh berkebun dan kedinginan mengganggu aktiviti harian terutamanya bagi wanita yang berhijab yang selalu terdedah dengan kedinginan apabila hujan menimpa dan membasahkan hijab mereka tanpa mereka sedari.

Berikut adalah beberapa inspirasi hijab yang boleh anda gayakan di musim hujan agar tetap selesa, nyama, bergaya dan trendy. Pemilihan hijab pada musim hujan perlulah dapat memberikan rasa hangat kepada si pemakainya. Hal ini sangat berkait rapat dengan jenis materialnya.

1. Pashmina

Sumber : pinterest.com

Pashmina ialah selendang yang diperbuat daripada wol dan ketebalannya boleh melindungi wanita yang berhijab daripada kesejukan. Sejarah Pashmina menceritakan bahawa selendang ini asalnya diperbuat daripada wol Kashmir dan pertama kali ditenun di India. Nama tersebut berasal dari kata Pashmineh (پشمینه), bahasa Persia untuk “terbuat dari wol”. Wol tersebut berasal dari Changthangi atau kambing Pashmina merupakan kambing yang berasal dari dataran tinggi Himalaya di India, Nepal dan Pakistan.

Disebabkan Pashmina mempunyai ketebalan yang bersesuai dengan cuaca sejuk, maka ia sangat sesuai digayakan ketika musim hujan dan memberikan kehangatan untuk hijabi daripada kedinginan. Jika dibarat, pashmina juga digunakan sebagai mafla untuk menghalang kesejukan dibahagian leher si pemakai.

2. Ironless Hijab

Sumber : fustany.com

Ironless Hijab selalunya diperbuat daripada material yang pelbagai. Pilih Ironless Hijab yang diperbuat daripada jenis material Cotton Spandex atau Cotton Lycra kerana material ini merupakan material yang sedikit tebal, lembut dan mampu memberikan kehangatan dan kenyamanan kepada hijabis dikala musim hujan.

3. Waterproof Hijab

Sumber : Tokopedia.com

Hijab Kalis Air atau Waterproof Hijab diperbuat daripada bahan kain yang mempunyai material bernama voal superfine. Ia diproses dan diberi nama Waterproof. Sifat kain umumnya menyerap air dan peluh, namun sekiranya terkena hujan dan hijab terkena air, tidak langsung menyerap ke kain seperti hijab pada umumnya.

Jadi, hijabi yang memakai jenis hijab waterproof ini terlindung daripada kebasahan dek air hujan yang akan menyebabkan anda kedinginan olehnya.

4. Instant Hijab

Sumber : Instagram @cloverush

Instant hijab juga selalunya menggunakan material yang tidak jauh bezanya dengan jenis hijab ‘ironless’. Tetapi, hijab instant merupakan hijab paling popular bagi wanita yang mahukan tudung serba ringkat dan pantas dipakai kerana tidak memerlukan aksesori tambahan untuk digayakan pada bila-bila masa.

5. Bawal Hijab

Sumber : marhuna.com

Hijab jenis voile atau lebih dikenali sebagai tudung bawal di Malaysia juga mampu menjadi tudung yang selesa digayakan ketika musim hujan kerana materialnya diperbuat daripada kain cotton dan bersifat lembut dan tidak terlalu jarang. Ia mampu memberikan kehangatan dan melindungi pemakainya daripada kedinginan.

Walaupun Malaysia merupakan negara yang beriklim tropika dan tidak sejuk seperti negara-negara barat yang mempunyai suhu yang rendah. Namun, Ia bukan penghalang bagi wanita untuk kekal bergaya dengan hijab dan outfit yang hangat, selesa dan menarik sepanjang musim hujan ini dan perlu rasa takut dengan kesejukan.

Sumber : NewsWav.com

Leave a Reply

X