fbpx

Kain Batik Simbol Keayuan Wanita Melayu

Penggunaan kain batik tidak hanya terhad buat ibu-ibu selepas bersalin seperti yang kita lihat hari ini. Sejajar perkembangan zaman, batik memainkan peranan yang cukup besar dalam peradaban budaya Melayu, khasnya bagi golongan wanita. Jom kita semak secara ringkas sejarah kain batik dan kepelbagaian motifnya!

Makna Batik

Kata batik dipercayai berasal daripada gabungan bahasa Jawa dan Melayu iaitu Mba yang membawa makna menulis dan Titik bermaksud tanda yang bulat dan kecil. Oleh itu, batik bererti menulis titik-titik, dalam ertikata sebenar bunga-bunga atau lain-lain motif kecil di atas permukaan kain.

Asal Usul

Ada pendapat mengatakan bahawa batik berasal dari India atau Parsi. Selain itu, pakar arkeologi turut pernah menemui cebisan kain bermotif batik di Mesir menghiasi pakaian mereka dengan teknik menyerupai batik pada tahun 70 masehi.

Namun begitu, ramai para pengkaji lebih meyakini teori bahawa batik berasal dari kepulauan Nusantara di antara Malaysia atau Indonesia dan tersebar menerusi perdagangan yang pesat ketika itu.

Motif Organik Batik

1.Motif Ayam
2.Motif Bunga Buluh
3.Motif Bunga Kerak Nasi
4.Motif Bunga Kotak Bercampur
5.Motif Bunga Orkid
6.Motif Bunga Raya
7.Motif Daun Sireh
8.Motif Geometrik
9.Motif Pucuk Rebung
10.Motif Rama-rama
11.Motif Siput

Corak Popular Batik

1.Corak Berdiri
2.Corak Jalur
3.Corak Melintang
4.Corak Menyeluruh
5.Corak Menyerong
6.Corak Tompok-tompok
7.Corak Ulangan Batu-bata
8.Corak Ulangan/Selang seli

Jenis Kain Batik

Batik Blok
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Batik Conteng
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Batik Skrin
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

Kain Lipat Batik Si Dara Marhuna!

Serlahkan keayuan anda sebagai wanita Melayu dengan Batik Si Dara! Terdapat enam pilihan menarik yang sesuai dipadankan dengan pelbagai busana milik anda!

Kredit :
bm.cari.com.my
batikbeat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X