Suami Takut Darah Biarkan Isteri Bersalin Tanpa Teman?

Ditemani suami ketika melahirkan mungkin menjadi impian bagi setiap wanita untuk berkongsi kegembiraan bagi menyambut ahli baru dalam keluarga. Namun bagaimana jika suami anda tidak cukup berani untuk menemani anda di bilik bersalin? Jangan lekas marah, mungkin suami anda penderita Hemophobia atau takut darah.

Hemophobia

Istilah ini berasal daripada kata Yunani Haima bermaksud darah dan Phobos yang membawa maksud takut. Penderita fobia ini biasanya akan merasa takut yang teramat sangat setiap kali melihat darah, hingga kadang kala boleh membuatkan mereka jatuh pengsan.

Antara gejala penderita hemophobia ketika melihat darah:

  • Sesak nafas
  • Kadar degupan jantung laju
  • Panik yang keterlaluan
  • Berpeluh
  • Mual
  • Pengsan


Kredit : thesun.co.uk

Penyebab Utama

Selain mengalami gangguan psikoneurotik, antara punca utama yang menyebabkan seseorang menderita fobia ini adalah:

  • Faktor Keluarga : Dibesarkan oleh ibu bapa yang turut menderita Hemophobia.
  • Trauma : Penderita pernah terlibat atau melihat kemalangan ngeri. Selain itu, penderita juga mungkin pernah mempunyai pengalaman buruk yang melibatkan warna merah hingga menyebabkan penderita merefleksikannya terhadap darah.

Cara Mengatasinya

Psikoterapi
Terapi ini dijalankan bagi membantu penderita mengubah persepsi mereka terhadap darah secara berperingkat dalam mengawal ketakutan mereka.

Terapi Relaksasi
Memberi tumpuan pada teknik relaksasi seperti latihan pernapasan, meditasi, atau yoga. Terapi ini juga bertujuan untuk mengatasi stres, cemas, dan gejala lain yang muncul saat melihat darah.

Terapi Desensitization
Dalam terapi ini, penderita akan diminta untuk membayangkan diri mereka berada dalam situasi yang mereka takutkan dan menggunakan teknik relaksasi untuk melawan rasa takut tersebut. Sebaik sahaja penderita berjaya mengawal ketakutan mereka terhadap darah, sudah tentu ianya boleh dipalikasikan dalam situasi sebenar. Matlamat terapi ini adalah untuk memberi persediaan kepada penderita dalam menghadapi trigger yang menyebabkan mereka takut darah.

Saling Memahami Pasangan

Jadi untuk semua Cik Isteri di luar sana, sila pastikan Encik Suami tidak ada masalah ini ya sebelum ajak mereka masuk ke bilik bersalin, bimbang tiba-tiba mereka pengsan pulak nanti ehek!

Sumber:
alodokter.com
hellosehat.com
ms.reoveme.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X