7 Makanan Yang Menyebabkan Anda Berjaga Hingga Pagi

Tidur yang nyenyak adalah idaman semua orang. Selain dapat merehatkan badan yang kepenatan, tidur juga sering menjadi eskapisme daripada fikiran yang kacau. Tetapi semua ini hanya boleh anda capai jika anda elak tujuh makanan ini.


Kredit : cnn.com

1. Makanan & Minuman Berkafein

Minuman tinggi kandungan kafein seperti kopi dan isotonik sering menjadi pilihan bagi meningkatkan fokus dalam menempuh urusan seharian. Akan tetapi, sekiranya diambil pada waktu malam, tanpa anda sedari ianya akan menjadikan minda anda lebih aktif dan menyebabkan anda sukar melelapkan mata.

Coklat seperti dark chocolate juga antara makanan yang tinggi kandungan kafein. Jadi elakkan okay?


Kredit : verywellhealth.com

2. Makanan Pedas

Masyarakat di Asia Tenggara sangat gemar dengan makanan pedas, tidak terkecuali Malaysia. Hingga ada di antara kita hilang selera makan sekiranya menu yang dipesan tidak cukup pedas walaupun sebenarnya makanan tersebut haruslah dihindari sebelum anda masuk tidur kerana boleh menjejaskan sistem penghadaman, pedih ulu hati dan menjadikan asid refluks dalam badan anda berada pada paras yang tinggi hingga membuat anda berjaga hingga pagi.


Kredit : alcoholrehabguide.com

3. Alkohol

Seperti yang sering kita lihat dalam filem-filem Hollywood, menikmati minuman beralkohol boleh membantu mereka untuk tidur dengan mudah walaupun realitinya minuman beralkohol boleh menggangu dan menyukarkan anda tidur nyenyak!


Kredit : cnn.com

4. Makanan Tinggi Kandungan Lemak

Kandungan lemak dalam makanan berupaya mengganggu proses pencernaan dan turut menyebabkan pembentukan asid perut dan menyebabkan ketidakselesaan.  Selain itu diet tinggi kandungan lemak juga boleh menjejaskan penghasilan orexin – 1 neurotransmitter yang membantu mengawal kitaran tidur/bangun bersama melatonin.


Kredit : drinkiconic.com

5. Makanan Berprotein

Protein adalah nutrisi yang baik tetapi sukar untuk dicerna jika diambil terlalu banyak dan memerlukan badan bekerja dengan lebih untuk proses pencernaannya. Macam mana nak tidur nyenyak kalau perut meragam betul tak?


Kredit : scitechdaily.com

6. Makanan Tinggi Kandungan Air

Buah tembikai sering menjadi pencuci mulut selepas makan kerana ianya adalah sejenis buah-buahan diuretik semula jadi yang membantu ‘menolak’ air ke dalam saluran badan. Akan tetapi, kandungan air yang tinggi dalam buah tembikai akan membuatkan anda kerap ke bilik air untuk membuang air kecil. Jadi elakkan pengambilan secara berlebihan sebelum masuk tidur.


Kredit : insider.com

7. Hidangan Berat

Kesederhana dalam pemakanan adalah aspek yang sangat penting. Jadi elakkan mengambil sebarang hidangan berat sebelum tidur. Sekiranya masih tidak dapat menahan rasa lapar, cukuplah sekadar mengalas perut dengan snek ringan seperti kepingan biskut atau semangkuk cereal.

Tingkatkan Kualiti Tidur Anda

Terdapat pelbagai makanan dan minuman yang mampu membantu anda tidur lebih lena, seperti:

  • Buah-buahan seperti pisang, avokado atau epal.
  • Sayuran contohnya bayam, brokoli dan asparagus.
  • Produk tenusu seperti susu dan keju.
  • Susu panas
  • Susu badam

Pemakanan yang baik menjamin tidur yang berkualiti. Pilihan di tangan anda!

Sumber:
hellodoktor.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X