Langkah Keselamatan Di Taman Permainan Untuk Si Kecil

Meluangkan masa bersama anak-anak di taman permainan ketika hujung minggu adalah aktiviti wajib bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Namun begitu adakah anda yakin bahawa taman permainan tersebut selamat untuk anak anda?

Taman Permainan Yang Diselenggara

  • Pastikan taman permainan dibaiki dengan baik, tanpa bucu-bucu yang tajam atau bergeriji.
  • Tiada tapak permukaan yang terbiar.
  • Tiada peralatan yang telah lusuh atau hilang.
  • Besi, getah, plastik atau kayu telah diperkemaskan dan tidak mereput.
  • Semua peralatan perlu dipasang selamat dengan permukaan tanah.
  • Semua skru perlu sentiasa diperketatkan supaya tiada yang longgar.


Kredit : nst.com.my

Faktor Utama Yang Perlu Diberi Perhatian

Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka bermain di taman permainan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sempurna. Jika taman permainan di kawasan perumahan didapati tidak selamat untuk kanak-kanak, sila maklumkan kepada pihak berwajib bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.


Kredit : the-conscious-mind.com

Di antara ciri keselamatan yang disarankan:

  • Ketinggian peralatan
    • Ketinggian peralatan tidak perlu lebih dari 8 kaki, dan jika lebih, “guard-rails” (tinggi di antara 38 inci) perlu dipasang.
  • Tapak permukaan dan kawasan untuk jatuh
    • Permukaan untuk jatuh perlu merangkumi 6 kaki mengelilingi peralatan permainan terutama di bawah dan di antara buaian, gelunsur dan lain-lain. Elakkan permukaan yang dibuat daripada “asphalt”, konkrit, rumput dan tanah. Di antara permukaan yang selamat ialah:
      • Pasir (kedalaman 10 inci)
      • Serpihan kayu proses (kedalaman 12 inci)
      • Tikar-luar getah (rujuk American Academy of Paediatrics Public Education Brochure).
  • Jerangkap
    • Ruangan di antara 3.5 hingga 9 inci diperlukan supaya kepala kanak-kanak tidak tersepit. (Piawaian Keselamatan Taman Permainan SIRIM).
  • Skru dan pepaku yang menonjol
    • Risiko yang berkaitan merupakan tersangkut pakaian yang mengakibatkan tercekik dan tercucuk yang mengakibatkan luka pada badan dan mata.
  • Bebas karat dan risiko jatuh
    • Pastikan tiada tapak konkrit yang terbiar, curaman, akar kayu atau batu yang boleh mengakibatkan mereka terjatuh.
    • Perhatikan dengan teliti bahawa semua permainan yang disediakan bebas daripada karat.


Kredit : blog.cheapism.com

  • Peralatan permainan sesuai peringkat umur
    • Kanak-kanak pra-persekolahan dan bersekolah perlu diasingkan peralatan permainan mereka.

Selain mengeratkan hubungan kekeluargaan, berkunjung ke taman permainan juga mampu mengembangkan kemahiran motor dan vestibular anak anda. Akan tetapi mereka cenderung terluka sekiranya kita sebagai ibu bapa tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Ibu bapa prihatin, anak-anak selamat!

Sumber :
myhealth.gov.my
ms.momkidzone.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X