Ada Apa Dengan Wanita & Pinktober

Maksud Di Sebalik Pinktober

Pinktober atau Pink Oktober merupakan kempen yang diwujudkan khas bagi memberi kesedaran kepada para wanita mengenai bahaya kanser payudara. Saban tahun, kempen ini akan berjalan sepanjang bulan Oktober dan menjadikan reben berwarna merah jambu sebagai simbol kempen di seluruh dunia.


Kredit : antitindakan.web.app

Pembunuh Utama Wanita Di Malaysia

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan pada 2016, kanser payudara dilaporkan menyumbang sebanyak 32.1 peratus daripada punca kematian, ketiga tertinggi di hospital kerajaan di negara ini.

Pada masa sama, kadar hidup pesakit dalam tempoh lima tahun selepas dikesan penyakitnya di Malaysia hanyalah sekitar 60 peratus berbanding 80 peratus di Singapura dan 87 peratus di Hong Kong.

Kebiasaannya, penghidap kanser payudara merupakan wanita berusia 40 tahun ke atas, namun sejak akhir-akhir ini, penyakit ini mula dikesan dalam kalangan wanita di bawah usia 40 tahun.

Usah Malu Buat Pemeriksaan

Pemeriksaan awal amat penting bagi mengelakkan kanser ini terus merebak. Namun begitu terdapat berbagai stigma yang menghantui para wanita seperti malu dan takut hingga akhirnya memburukkan lagi keadaan. Hentikan penafian seperti ini kerana ianya adalah musuh utama anda. Jika masih malu untuk ke hospital, jom lakukan sendiri pemeriksaan secara berkala, Marhuna tunjukkan caranya!


Kredit : parkwaycancercentre.com

• Langkah 1: Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.

• Langkah 2: Rasa sebarang perubahan secara berbaring.

• Langkah 3: Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.

• Langkah 4: Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.

• Langkah 5: Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.

Bersama Marhuna Cares Membantu Pesakit Kanser

Sempena bulan #Pinktober ini, Marhuna ingin mengajak anda bersama-sama membantu pesakit kanser yang memerlukan. Setiap pembelian anda untuk semua kurung Marhuna, RM1 akan disalurkan kepada mereka.

Sambil-sambil melaram, apa salahnya kita saling membantu, betul tak?

Sumber:
hmetro.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X