Asal-Usul Fashion Week!

Fashion Week merupakan pentas utama bagi para pereka fesyen memperagakan rekaan mereka setiap tahun. Tidak hanya tertumpu kepada pereka fesyen ternama, ianya turut memberi peluang kepada pereka fesyen baru untuk mencipta nama. Tetapi tahukah anda bila pertama kali Fashion Week diadakan? Marhuna ada jawapannya!


Kredit : nypost.com

Bermula Di New York

Semuanya bermula ketika informasi mengenai dunia fesyen ketika itu hanya tertumpu di Paris, Perancis. Namun ketika Perang Dunia Ke-2 meletus, pihak Nazi telah melarang para jurnalis dari Amerika Syarikat untuk hadir ke Perancis bagi membuat liputan mengenai dunia fesyen di sana. Ini membuatkan Eleanor Lambert, seorang pereka fesyen di New York mengambil kesempatan untuk menjadikan bandaraya New York sebagai salah sebuah ibu kota fesyen yang terkenal.

Bersama Ruth Finley, Eleanor mengumpulkan 11 orang pereka fesyen lain untuk bersama-sama menjayakan Press Week anjurannya. Betul, nama asal bagi Fashion Week adalah Press Week! Menarik bukan?


Kredit : smithsonianmag.com

Selepas Tamat Perang Dunia Ke-2

Diadakan empat kali setiap tahun di bandar-bandar utama fesyen dunia seperti London, Paris, Milan serta New York. Biasanya pentas keramat peragaan ini akan membuka tirainya pada bulan Januari, Mac, Julai dan September. Koleksi busana yang ditampilkan pula adalah koleksi 4 Musim yang dikategorikan sebagai pakaian couture atau siap-pakai. Bagi pengikut setia dunia fesyen, mereka menggelar acara ini sebagai Big Four Fashion Week.


Kredit : klfashionweek.website

KL Fashion Week

Kuala Lumpur Fashion Week atau lebih dikenali sebagai KLFW merupakan cetusan idea kreatif Andrew Tan yang diadakan buat julung kalinya pada tahun 2013. Hadir dengan konsep tersendiri, KLFW biasanya diadakan pada bulan Ogos setiap tahun dan mengetengahkan koleksi pakaian musim panas.

Mungkin jika Malaysia adalah negara empat musim, pasti arena fesyen tempatan akan lebih meriah dengan pelbagai rekaan baru dan unik!

Sumber :
klfashionweek.website
kumparan.com
inspirasipagi.id
tirto.id

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X