Cara Terbaik Memilih Kasut Tumit Tinggi & Waktu Yang Sesuai Untuk Membelinya

Tidak semua wanita gemar memakai kasut tumit tinggi dalam urusan seharian dan mungkin juga ada yang memakainya hanya kerana tuntutan kerja. Menurut Tania Kapila, seorang doktor dalam bidang perubatan podiatrik, tidak ada kasut tumit tinggi yang ideal di luar sana kerana kesemuanya berisiko menyebabkan trauma pada kaki si pemakai.

Demi keselesaan anda untuk tampil lebih yakin, Marhuna ingin berkongsi cara terbaik dalam memilih kasut tumit tinggi dan bila waktu yang sesuai untuk membelinya selain daripada ketika jualan murah!

  1. Periksa Ketinggian Tumit
    Jika terlalu tinggi, jari kaki dan bahagian depan tapak kaki anda akan jam setiap kali berjalan. Ini kerana ketinggian yang terbaik adalah di antara satu atau dua inci.
  2. Muncung Kasut
    Beri perhatian pada bahagian muncung kasut sama ada runcing atau melengkung. Hal ini sangat penting kerana jika terlalu runcing, kaki anda akan squeeze tanpa anda sedari. Berbeza dengan kasut yang mempunyai muncung yang melengkung.
  3. Material Kasut
    Elakkan membeli kasut yang menggunakan material keras seperti kulit dan vinyl kerana material ini akan menyebabkan kaki anda berpeluh selain memberi risiko jangkitan kulat.


Kredit : Nypost.com

Waktu Yang Sesuai Membeli Kasut Tumit Tinggi

Adalah sangat merugikan jika kasut yang dibeli hanya dipakai sekali kerana tidak selesa. Jadi bila waktu yang sesuai?


Kredit : girlschase.com

Menurut Tania Kapila lagi, saiz kaki akan berubah-ubah sepanjang hari dan waktu yang paling ideal untuk memilih kasut tumit tinggi yang anda sukai adalah pada bila-bila masa selepas waktu tengahari dan elakkan daripada membeli ketika waktu pagi.

Apa tunggu lagi? Jom shopping!

Sumber :
hijabnheels.com



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X