Wajib Berpakaian Ketat Untuk Berbasikal?

Sukan berbasikal semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia, tidak terkecuali kaum wanita. Namun begitu, masih ramai yang terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk berbasikal kerana kurang selesa dengan pakaian sedia ada. Tapi kenapa pakaian berbasikal ketat? Jom kita rungkai sama-sama!

Aerodinamik
Memastikan rintangan angin semasa mengayuh dapat dikurangkan. Dalam masa yang sama, turut membantu anda agar dapat mengayuh dengan lebih jauh dan laju namun tidak menggunakan terlalu banyak tenaga.

Melancarkan Pengaliran Darah
Membantu melancarkan tekanan darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tubuh ketika aktiviti berbasikal.

Penstabilan Otot
Mengurangkan muscular vibrations semasa kayuhan dan membantu mengelakkan masalah kekejangan.

Bukan setakat itu saja, selain mempunyai fungsinya yang tersendiri, terdapat berbagai jenis fabrik yang boleh dipilih untuk keselesaan ketika mengayuh. Mana tahu boleh dijadikan rujukan untuk jersi kelab berbasikal anda!

Jenis Fabrik

Tetapi berpakaian ketat bukanlah satu kemestian bagi mereka yang ingin menjadikan aktiviti berbasikal sebagai hobi, terutama bagi golongan wanita. Ini kerana terdapat berbagai pilihan pakaian sukan patuh syariah di pasaran.

Paling penting jaga kesihatan, jaga agama okay!

Sumber :
bikehacks.com
montonsports

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X