Stres di Tempat Kerja Punca Wanita Berkerjaya Kemurungan

Stres merupakan masalah utama yang banyak dihadapi oleh golongan wanita berkerjaya hingga mengganggu kualiti kehidupan seharian. Jadi apakah punca dan jalan penyelesaiannya?

Maksud Stres

Stres membawa maksud tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan.

Punca Stres Di Tempat Kerja

  1. Hubungan dengan rakan sejawat dingin.
  2. Sering dibebani dengan kerja orang lain.
  3. Gangguan seksual.
  4. Kurang penghargaan daripada organisasi.
  5. Waktu kerja tidak fleksibel.
  6. Tiada peluang kenaikan pangkat.
  7. Gaji yang tidak setimpal dengan tugas diberikan.
  8. Tiada jaminan pekerjaan.
  9. Ruang kerja yang tidak selesa.
  10. Tidak jelas dengan kehendak ketua.

Penyelesaian

  1. Menerima kenyataan dan mengakui bahawa diri anda sedang mengalami stres.
  2. Jika masalah yang dihadapi merupakan kesilapan individu, terus bersemuka dengan individu terbabit. Ini kerana kadang kala masalah seperti ini berpunca daripada maklumat yang disampaikan oleh orang ketiga hingga menimbulkan salah faham.
  3. Sentiasa menyenaraikan tugasan mengikut kepentingan dan tarikh yang perlu disiapkan.
  4. Kenal pasti kemampuan sendiri sebelum melaksanakan tugas yang diberikan.
  5. Amalkan work-life balance dan tinggalkan segala yang berkaitan dengan kerja di tempat kerja.
  6. Kenal pasti sistem sokongan anda. Sentiasa berkongsi masalah dengan orang yang anda rasakan sesuai dapat meredakan kerunsingan yang dihadapi.
  7. Sekali sekala luangkan masa dengan diri sendiri.
  8. Mengamalkan gaya hidup sihat dan jauhi barangan terlarang.

Sekiranya stres tidak ditangani dengan betul, ianya mampu membawa anda ke lembah kemurungan. Namun jangan silap, mendapatkan rujukan pakar psikiatri tidak bermaksud anda gila. Sayangi diri anda kerana kita semua berhak untuk bahagia!

Sumber :
myhealth.gov.my
miasa.org.my
astroawani.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X