3 Busana Terbaik Kontinjen Malaysia di Temasya Sukan Antarabangsa

Temasya sukan seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan juga Sukan Sea bukan sahaja menjadi medan pertarungan antara negara-negara terlibat dalam merebut pingat, malah menjadi ruang dalam memperagakan identiti sesebuah negara menerusi busana yang digayakan ketika perarakan masuk di acara pembukaan. Dalam artikel ini, Marhuna telah memilih tiga busana terbaik hasil cetusan idea pereka tempatan sepanjang penglibatan Malaysia dalam temasya sukan antarabangsa!

Sukan Komanwel Glasgow 2014, Scotland

Koleksi Wira Negara merupakan rekaan eksklusif pereka terkenal, Melinda Looi. Lebih mengujakan, rekaan ini tidak hanya dihasilkan untuk acara pembukaan tetapi turut merangkumi rekaan kit atlet seperti beg, topi, trek sut, baju berkolar dan tidak berkolar.

Pada malam acara pembukaan, kontinjen negara tampil segak dengan baju kurung serta selendang bagi atlit wanita dan baju Melayu cekak musang dengan sedikit sentuhan moden yang dipadankan dengan sampin songket dengan rona oren dan hitam sesuai dengan semangat Harimau Malaya sebagai lambang kebanggaan.



Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, Malaysia

Sebagai tuan rumah Sukan Sea 2017, sudah tentu kontinjen negara ingin memperagakan busana yang elegan namun masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Kali ini, menerusi sentuhan magis bertemakan Jalur Gemilang pereka berpengalaman, Putra Aziz.

Ketika Stadium Bukit Jalil gamat dengan sorakan penonton yang hadir, kontinjen negara melangkah masuk dengan penuh rasa bangga menggayakan baju kurung pesak berwarna merah dan selendang biru dengan kemasan renda Perancis berwarna kuning lembut bagi atlit wanita. Manakala atlit lelaki pula segak berbaju Melayu merah yang dipadankan dengan seluar berwarna biru bersama sampin songket berona biru bermotifkan bunga kebangsaan, Bunga Raya.

Selain membawa inspirasi Jalur Gemilang, rekaan ini turut membawa maksud perjuangan penuh semangat pahlawan negara dalam mempertahankan dan memartabatkan kegemilangan tanah air.




Sukan Olimpik 2012, London

Tidak banyak yang diketahui mengenai pereka untuk busana kontinjen Malaysia pada temasya ini namun ianya masih kekal unik untuk berada dalam senarai Marhuna!


Entah macam mana agaknya rekaan busana kontinjen Malaysia untuk Olimpik Tokyo 2021 nanti ya? Takkkk zaaabarrrrrrr

Sumber:
mstar.com.my
gempak.com
astroawani
The Indipendent
Inside The Game
Sports247
Says.com
Olympicchannel.com
bownties.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X