Wujud lagi ke Lelaki Tak Pandai Pakai Kain Pelikat ni? Tengok ni, Cara Pakai yang Betul

Baru-baru ni telah tular di media sosial satu gambar di mana seorang lelaki memakai kain pelikat dengan cara yang salah. Percaya atau tidak, memang ramai sebenarnya lelaki yang tak begitu tahu cara memakai kain pelikat dengan betul. Tapi sebelum tu jom kita baca sejarah ringkas asal usul nama kain pelikat ni.

Asal Nama Pelikat Di Malaysia

Mengikut catatan sejarah, kain pelikat mendapat namanya daripada para pedagang Palaiyakat yang berdagang di Melaka ketika itu. Palaiyakat merupakan sebuah daerah yang terletak di Thondai Mandalam, kawasan timur laut Tamil Nadu di India. Ketika di Melaka, para pedagang ini menjual kain sarung dan kain putih. Oleh kerana barangan mereka mendapat sambutan, kain dagangan mereka dikenali dengan kain pelikat, merujuk kepada asal kain ini datang iaitu dari Palaiyakat.

Nama Lain Bagi Pelikat

Jangan silap, kain pelikat bukan saja terkenal di Malaysia sejak dulu tetapi juga di Timur Tengah dan mempunyai berbagai-bagai nama berbeza.

Di Arab Saudi, kain pelikat dikenali sebagai Izaar. Manakala di Oman dikenali sebagai Wizaar. Tidak hanya perbezaan nama, motif dan corak juga nyata berbeza. Di Timur Tengah, mereka lebih selesa memakai kain pelikat berwarna putih sahaja tanpa corak atau motif kotak-kotak yang biasa kita lihat.

Lebih menarik, di rantau Asia Tenggara pula, hanya Malaysia dan Indonesia sahaja yang menggunakan istilah kain pelikat. Jika anda berpeluang ke Myanmar atau Thailand dan ingin membeli kain pelikat untuk dijadikan ole-ole, mungkin penjual di sana akan terpinga-pinga. Ini kerana kain pelikat di Myanmar dikenali sebagai Longyi manakala di Thailand pula ianya lebih dikenali sebagai Pakhawma.

Cara Memakai Kain Pelikat

Senangkan? Jadi lepas ni tak ada masalah kalau tiba-tiba bakal bapa mentua suruh pakai kain pelikat. Paling penting gulung ketat-ketat, bimbang kalau tiba-tiba terlerah, mana nak sorok muka ehek!

Sumber:
Azhan.co
Flapwrap.com
Melakakini.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X