Dah Kahwin, Tak Perlu Nak Melawa Lagi kan? Baca Luahan Hati Seorang Suami ini

Biasanya seorang isteri itu ketika sebelum berkahwin, penampilan mereka sangat cantik dan sering berhias diri atau bersolek untuk bakal si suami. Tetapi, apabila selepas berkahwin dan selalu sibuk untuk menguruskan anak-anak, suami dan juga rumah tangga, keinginan untuk mencantikkan diri sudah tiada? Atau memang lumrah begitu?

Seorang isteri itu seharus tidak memikirkan kerana dia telah pun mempunyai suami, maka isteri tidak perlu lagi untuk cantik atau melawa. Harus diingatkan, kecantikan seorang itu adalah untuk suaminya sahaja dan seorang lelaki amat menyukai sesuatu yang cantik walaupun di mulut mereka selalu berkata

“Jangan bergaya atau bersolek cantiklah! Bagi abang isteri abang dah cantik.”

Jangan cepat percaya dengan kata-kata mereka.

Perkongsian ini adalah pandangan daripada seorang lelaki yang juga seorang ayah dan suami yang berkongsi mengapa seorang isteri itu wajib melawa dan mencantikkan diri walaupun hanya berada di rumah. Sila fahami dan mengerti apa yang beliau sampaikan.

Isteri Harus Melawa

Isteri ini ibarat bunga yang paling cantik, mekar mewangi. Bunga ini jika tidak di jaga akan layu, akan rosak, tidak sedap di pandang.

Manakala suami adalah BAJA dan BENTENG bagi sang bunga.

Baja bagi seorang isteri adalah KASIH SAYANG dan PERHATIAN. Dan benteng untuk jaga ‘bunga’ ini adalah TANGGUNGJAWAB dari suami yang SOLEH.

Namun bunga kena pandai hargai bajanya.

Beruntungnya Suami Kalau Isterinya..

Seorang isteri yang hargai suami akan berusaha kelihatan cantik di mata. Penat macam mana pun berusaha cantik di mata suami, layan suami dengan baik, lemah lembut apabila berbicara.

Bibirnya sentiasa merah, lembab dari lipstick, mengenakan mascara atau natural makeup membuatkan mata tidak puas memandang. Kejap kejap nak tengok, kejap kejap nak tengok.

*ish lawa bebeno isteri aku ni.

Jangan Jemu Melawa Untuk Suami

Apalah kiranya jika berpakaian yang menyukakan suami. Rambut kelihatan lembab sentiasa. Yang buatkan suami rasa kagum, wow, jatuh cinta lagi, tidak puas memandang, tidak mahu sikit pun memandang wanita-wanita lain hatta model terkenal sekali pun. Dan berwangi-wangianlah di rumah dari wangi yang paling suami suka, wangian khas untuk sang suami sahaja. Suami penat balik kerja terus segar saat membuka pintu. Rugilah jika isteri hanya berlawa, berwangian, bermekap untuk ke pejabat, ke majlis rasmi, ke pasar raya, tatap facebook sahaja. Sedangkan di rumah?

“Tepuk dahi tanya diri”

Sumber : Muhammad Ahmad

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X