Berpeluh itu menyihatkan, namun ia akan menyukarkan kamu untuk bergaya jika tubuhmu jenis cepat berpeluh…
Pakaian, mestilah selesa dan membuatkan orang yang memakai pakaian tersebut merasa nyaman dan gembira. Jika anda seorang yang cepat berpeluh dan kurang selesa dengan penggayaan fesyen yang sarat dan terlalu berat. Boleh ikut tips berikut ini ya..
Pakaian, mestilah selesa dan membuatkan orang yang memakai pakaian tersebut merasa nyaman dan gembira.
1. Pakai pakaian longgar
Lagi longgar, lagi bagus. Semakin kurang fabrik yang menyentuh tubuh, semakin selesa kamu akan rasa. Percaya atau tidak, flowy maxi dress sebenarnya akan buatkan kamu berasa lebih sejuk daripada memakai seluar pendek dan top ketat.
2. Skip padded bra
Bra dengan pad tiga inci + cuaca panas = major boob sweat.
3. Elakkan fabrik terlalu nipis
Kerana ia hanyalah akan lebih melekat kepada kulit tubuhmu sesaat apabila kamu mula berpeluh. Jadi carikan fabrik nipis yang mempunyai struktur seperti sulaman atau jahitan agar ia tidak melekat kepada kulit.
4. Pilih fabrik natural
Contohnya seperti fabrik kapas yang lebih breathable daripada poliester dan rayon. Ia juga lebih mudah menyerap peluh dan kering lebih cepat, dan bermakna ia tidak akan membuatkan kamu berpeluh lebih lama daripada memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik sintetik.
5. Elakkan perincian sarat seperti manik dan metal
Ia cenderung untuk menarik ke bawah bajumu jadi ia lebih dekat kepada kulitmu dan memerangkap haba badan. Cuba memakai baju berpaten untuk memberi impak unik kepada outfit kamu.
6. Saiz beg kamu
Perkara terakhir yang kamu mahukan ialah untuk backpack tersekat di belakang badan kamu. Beg bersaiz kecil akan buatkan kamu lebih bebas untuk bergerak dan ringan.
7. Lindungi kulitmu daripada sinaran cahaya matahari
Direct sunlight bukan sahaja merbahaya, malah ia meningkatkan suhu badan. Sleeves are your best friend.
8. Stick to light colours
Rona gelap menyerap cahaya dan membuatkan kamu berasa lebih panas, manakala rona cerah pula akan memantulkan cahaya dan mengekalkan tubuhmu jadi lebih sejuk.
9. Pakai barang kemas secara minimal
Anting-anting terkecuali kerana ia tidak menyentuh kulitmu, tapi aksesori seperti rantai, gelang dan cincin akan buatkan kamu berasa tidak selesa secara serta merta apabila cuaca mulai panas.
10. Jangan pakai losyen tika cuaca panas
Pemakaian losyen ketika waktu panas akan buat anda merasa tidak selesa dan cepat berpeluh. Pakai apa saja pakaian, akan membuatkan ada rasa rimas dan segera mahu mandi.
Foto: INGimages.com/Artikel asal: Charles Manning & Cosmopolitan